Level Infinite bersama dengan pembangun Hotta Studio telah mengumumkan yang watak baharu untuk Tower of Fantasy iaitu Cobalt-B yang tiba di dalam permainan pada 6 Oktober ini dan pemain berpeluang untuk mendapatkannya bermula pada tarikh tersebut.
Cobalt-B merupakan jurutera mekanikal di dalam pasukan pembangunan senjata Hykros. Ia menggunakan senjata Flaming Revolver. Anda boleh tonton video untuknya di bawah.
Selain itu, mereka juga mengumumkan acara masa terhad iaitu “Vera Orienteering” masih lagi berlangsung sehingga 12 Oktober dan pemain boleh dapatkan pelbagai ganjaran dengan menyelesaikan cabaran-cabaran yang disediakan.
Tower of Fantasy sudah dikeluarkan untuk iOS, Android dan PC. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.