Laman MP1st dan juga VGC telah melaporkan yang berdasarkan sumber mereka, PlayStation mempunyai perancangan untuk hadir dengan versi penambah-baikkan bagi Horizon Zero Dawn untuk menjadikan permainan tersebut mempunyai kualiti hampir dengan permainan terbaru iaitu Horizon Forbidden West.

Ini boleh dikatakan projek yang sama seperti Naughty Dog untuk The Last of Us Part I mereka yang dikeluarkan baru-baru ini. Selain membawa penambah-baikkan grafik, ia juga akan menyertakan pelbagai fungsi-fungsi tambahan terutamanya sistem keboleh-capaian.

Selain itu, laporan ini juga mengatakan yang Guerilla Games turut akan hadir dengan permainan berasingan yang memfokuskan kepada sesi multi-pemain di dalam dunia Horizon.

Buat masa ini, PlayStation masih tidak mengeluarkan sebarang pengesahan mengenai mana-mana projek ini. Horizon Zero Dawn tidak pernah menerima versi Remaster seperti The Last of Us, akan tetapi ia sudah dikeluarkan untuk PC sebelum ini.

Aloy iaitu watak utama untuk siri permainan ini juga telah dijadikan sebagai wayang kulit oleh PlayStation Studios Malaysia – PlayStation Studios Malaysia Hadir Dengan Aloy Versi Wayang Kulit.

Sohor Kini