Bloomberg telah melaporkan yang Sony menyasarkan untuk mengeluarkan 2 juta unit PlayStation VR2 sebelum bulan Mac 2023, yang boleh dikatakan Sony mempunyai sasaran yang tinggi untuk PlayStation VR generasi baharu tersebut.

Laporan tersebut juga mengatakan yang produksi untuk PSVR2 telah bermula sejak bulan September lepas lagi dan tidak mempunyai sebarang masalah rantaian bekalan. PSVR2 diumumkan sebelum ini akan dikeluarkan pada awal tahun 2023 tetapi tiada tarikh mahupun harga yang dikongsi.

PlayStation sebelum ini juga telah berkongsi beberapa permainan yang akan dilancarkan bersama dengan set kepala tersebut, antaranya adalah Horizon Call of the Mountain, No Man’s Sky, dan Resident Evil Village – 4 Permainan Diumumkan Untuk PlayStation VR2 – Resident Evil Village, The Walking Dead, No Man’s Sky Dan Horizon Call of the Mountain.

Sony juga dijangkakan boleh mengeluarkan lebih banyak konsol bermula pada awal tahun 2023 dengan masalah produksi sudah berkurangan.

Sohor Kini