PlayStation Studios Malaysia telah bekerjasama dengan Fusion Wayang Kulit untuk menjadikan Aloy iaitu watak utama daripada permainan Horizon Forbidden West oleh Guerilla Games sebagai wayang kulit. Perkara ini dikongsi kan oleh Hasnul Hadir iaitu ketua untuk studio ini.

Selain memperlihatkan rekaan akhir untuk wayang kulit tersebut, Hasnul Hadi juga berkongsi mengenai proses awal penghasilan wayang kulit tersebut yang anda boleh baca melalui bebenang di ciapan yang kami sertakan di atas.

Sejak tiba pertama kali melalui Horizon Zero Dawn yang dikeluarkan pada tahun 2017 dan Aloy tidak mengambil masa yang lama untuk menjadi antara watak penting di dalam dunia permainan PlayStation. Pengembaraan Aloy diteruskan lagi dengan Horizon Forbidden West yang dikeluarkan pada awal tahun ini.

Baca: Ulasan Horizon Forbidden West – Berat Lagi Bahu Memikul.

Sohor Kini