World of Warcraft Dragonflight Akan Dilancarkan Bulan November Ini

Blizzard telah mengumumkan yang penambahan seterusnya untuk World of Warcraft iaitu Dragonflight akan dilancarkan secara rasmi pada 28 November 2022. Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Melalui penambahan ini, pemain akan dibawa ke Dragon Isles iaitu tempat asal untuk puak-puak naga, dengan pelbagai kandungan dan watak baharu. Antaranya adalah kelas baharu iaitu Dracthyr Evoker yang membolehkan pemain menukar badan menjadi naga ataupun visage.

Pemain juga boleh menunggang naga dengan pelbagai gaya boleh lakukan. Pemain juga boleh melakukan pengubahsuaian dan juga hiasan kepada naga tersebut.

Seperti diumumkan sebelum ini, ia sudah boleh di pra-tempah dan menyertakan tiga edisi iaitu;

  • Edisi Biasa
  • Edisi Heroic – Murkastrasza (pet), boost untuk tahap watak sehingga tahap 60 dan tunggangan Tangled Dreamweaver.
  • Edisi Epic – menyertakan kesemua barangan Edisi Heroic, kesan visual Timewalker’s Hearthstone, transmog untuk bahagian kepala Spell-keeper, transmog bahagian belakang Wings of Awakening dan juga 30 hari masa bermain.

World of Warcraft sudah dikeluarkan untuk PC.

Sohor Kini