Plaion dan pembangun Coffee Stain telah mengumumkan acara kolaborasi Goat Simulator 3 dengan permainan battle royale oleh Epic Games iaitu Fortnite. Melalui acara ini, pemain boleh dapatkan kostum menjadi kambing untuk digunakan.

Anda boleh dapatkan kostum ‘A Goat’ ini dengan melakukan pra-tempahan untuk Goat Simulator 3 yang akan dilancarkan pada 17 November 2022 bermula sekarang sehingga 29 September 2022 di Epic Games Store. Pemain yang membeli selepas 29 September juga akan terus mendapat kostum ini.

Jika pemain tidak bercadang untuk membeli permainan tersebut, kostum itu juga boleh didapatkan apabila ia ditawarkan di dalam kedai pada 26 September.

Goat Simulator 3 akan dikeluarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC melalui Epic Games Store.

Sohor Kini