THQ Nordic dan pembangun Golem Labs telah mengumumkan yang permainan simulasi pengurusan negara mereka iaitu Super Power III akan dilancarkan pada 7 Oktober 2022 untuk PC.

Anda boleh tonton video penerangan mengenai sebahagian daripada sistem di dalam permainan ini di bawah.

Di dalam Super Power III pemain boleh memilih untuk menjadi pemimpin bagi 194 negara serata dunia, dan perlu mengurus pelbagai aspek seperti perhubungan luar, ekonomi dan sudah semestinya polisi-polisi dalam negara.

Selain bermain secara sandbox, pemain juga boleh bermain pelbagai senario mengikut negara yang akan mempunyai tugasan tersendiri.

Sohor Kini