Genshin Impact kemaskini 3.1 telah memperkenalkan kandungan baharu dan juga pelbagai penambah-baikkan, antaranya adalah bagi menyelesaikan masalah penggunaan storan yang kian bertambah di peranti pintar.

Melalui kemaskini ini, pemain kini boleh memilih untuk membuang fail-fail lama seperti audio dan juga video daripada misi-misi lepas yang tidak lagi dapat diakses jika sudah melakukannya. Dengan memilih untuk membuang fail-fail ini, ia akan mengurangkan penggunaan storan sebanyak 3.7GB (mungkin berbeza mengikut platform).

Fungsi ini buat masa ini hanya disediakan untuk peranti pintar sahaja iaitu di iOS dan juga Android.

Selain itu, kami sudah kongsikan yang kemaskini ini juga telah membolehkan Genshin Impact dimainkan dengan mod 120FPS di iPhone 14 Pro dan juga iPhone 14 Pro Max.

Genshin Impact 3.1 meneruskan penceritaan yang bermula pada versi 3.0 dan mempekenalkan dua watak baharu iaitu Cyno dan Candace. Anda boleh baca lanjut mengenainya di pautan ini; Genshin Impact 3.1 Tiba 28 September – 3 Watak Baharu, 1600 Primogems Percuma.

Genshin Impact sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, PC, iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini