Cyberpunk 2077 telah mendapat sambutan yang hangat selepas siaran siri animasi Cyberpunk: Edgerunners di Neflix, sehinggakan 1 juta pemain bermain Cyberpunk 2077 setiap hari. Selain itu, di Steam ia juga mencatat jumlah pemain serentak melebihi 130 ribu, mengatasi rekod The Witcher 3.

Adakah kejayaan ini turut menyumbang kepada penjualan permainan ini? Boleh dikatakan ya, apabila ia juga menjadi antara pendapatan tertinggi di Steam dan CD Projekt Red juga telah mengumumkan yang ia telah terjual sebanyak 20 juta unit setakat ini.

Jumlah tersebut adalah penambahan sebanyak 2 juta unit berbanding bulan April lepas, dan berkemungkinan besar majoriti penjualan adalah berlaku sepanjang beberapa minggu yang lepas.

Ia sudah semestinya satu jumlah yang baik, dan perlu menjual 20 juta lagi untuk mencapai tahap The Witcher 3 yang terjual 40 juta unit setakat bulan April lepas, tetapi mengambil 7 tahun untuk mencapai jumlah tersebut.

Cyberpunk 2077 sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC. CDPR juga telah mengumumkan yang mereka tidak lagi akan mengeluarkan kandungan baharu untuk PlayStation 4 dan Xbox One.

Sohor Kini