Marvel’s Spider-man Remastered sudah dikeluarkan untuk PC pada Ogos lepas dan boleh dikatakan ia adalah satu pembawaan yang baik ke PC, bagi yang ternanti-nanti sambungan untuk permainan tersebut, ada khabar baik apabila PlayStation Studios telah mengumumkan yang Marvel’s Spider-Man: Miles Morales akan tiba di PC pada akhir tahun ini.
Baca: Ulasan Marvel’s Spider-man Remastered (PC) – Masih Lagi Permainan Adiwira Terbaik
Anda boleh tonton video treler untuknya di bawah.
Versi PC ini juga akan dibangunkan oleh Nixxes Software yang juga bertanggungjawab untuk Marvel’s Spider-Man Remastered sebelum ini. Ia adalah studio yang diambil alih oleh PlayStation Studios khusus untuk membawa permainan-permainan mereka ke PC.
Hari ini, PlayStation juga telah berkongsi yang Sackboy: A Big Adventure akan tiba di PC pada bulan depan.
Marvel’s Spider-Man: Miles Morales sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4 dan PlayStation 5 dan dibangunkan oleh Insomniac Games.