EA dan Koei Tecmo sebelum ini telah mengumumkan yang mereka akan hadir dengan permainan genre memburu raksasa tersendiri. Hari ini, mereka telah mengumumkan secara rasmi yang permainan tersebut digelar sebagai Wild Hearts dan akan dikeluarkan pada 17 Februari 2023 untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC.

Anda boleh tonton treler pengumuman untuknya di bawah.

Berdasarkan treler, diperlihatkan yang selain menggunakan senjata seperti pedang, pemain juga boleh menghasilkan pelbagai senjata lain seperti bom, menara untuk menjadi tempat lompatan dan pelbagai lagi.

Selain bermain secara solo, permainan ini juga menyokong sesi permainan secara koperasi sehingga 2 rakan dan menyokong fungsi rentas platform di ketiga-tiga platform. Perkongsian lanjut untuk Wild Hearts akan dikongsi pada 5 Oktober 2022.

Sohor Kini