Genshin Impact 3.1 Menyertakan Sokongan 120FPS Di iPhone 14 Pro

Seperti mana saya kongsikan semasa ulasan untuk iPhone 13 Pro sebelum ini, telefon pintar Apple itu sahaja yang menyertakan sokongan 120FPS untuk permainan Genshin Impact, akan tetapi semasa iPhone 14 Pro dilancarkan 23 September, sokongan tersebut tidak disertakan dan hanya boleh dimainkan 60FPS sahaja.

Namun, selepas kemaskini untuk Genshin Impact versi 3.1 secara rasmi dikeluarkan pada 28 September 2022, sokongan 120FPS kembali dibuka dan ia boleh digunakan. Semasa percubaan awal kami, ia boleh digunakan tanpa sebaran masalah.

Genshin Impact 3.1 meneruskan penceritaan yang bermula pada versi 3.0 dan mempekenalkan dua watak baharu iaitu Cyno dan Candace. Anda boleh baca lanjut mengenainya di pautan ini; Genshin Impact 3.1 Tiba 28 September – 3 Watak Baharu, 1600 Primogems Percuma.

Genshin Impact sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, PC, iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini