Sackboy: A Big Adventure Akan Dikeluarkan Untuk PC Oktober Ini

Saluran Youtube untuk PlayStation Latin Amerika tampaknya telah berkongsi treler bagi Sackboy: A Big Adventure untuk PC terlebih awal kerana ia tidak diumumkan secara rasmi lagi, akan tetapi berdasarkan treler tersebut ia akan tiba di PC pada 27 Oktober 2022.

Sackboy: A Big Adventure adalah permainan platformer yang dikeluarkan pada tahun 2020 lagi dan antara yang terawal permainan untuk PlayStation 5. Ia dibangunkan oleh Sumo Digital dan dikeluarkan untuk PS4 dan juga PS5.

Anda boleh baca ulasan kami di pautan ini; Ulasan Sackboy: A Big Adventure – Platformer Penuh Imaginasi.

Versi PC ini dikatakan akan menyokong sesi permainan 4K 120FPS mengikut spesifikasi PC, menyokong paparan ultra-lebar, menyokong NVIDIA DLSS dan juga kada segar semula boleh ubah (VRR). Buat masa ini, masih tiada pengumuman rasmi oleh PlayStation akan tetapi dijangkakan akan dilakukan tidak lama lagi.

Sohor Kini