HBO telah mengumumkan yang Everything Everywhere All at Once iaitu filem lakonan Tan Sri Michelle Yeoh akan memasuki HBO Go dan juga HBO di Astro melalui saluran 411 pada 8 Oktober 2022.

Everything Everywhere All at Once adalah filem cakera sains dan juga komedi yang memfokuskan kepada Evelyn Quan Wang lakonan Tan Sri Michelle Yeoh yang merupakan seorang pengusaha kedai dobi, namun akibat pelbagai masalah keluarga kehidupannya menjadi tidak menentu. Ini ditambah lagi dengan dia mula bertanggungjawab untuk menyelamatkan dunia daripada dunia pelbagai mesta.

Filem ini dikeluarkan pada bulan Mac lagi, dan di bawa ke Malaysia dengan tayangan terhad di pawagam. Secara keseluruhan, ia telah mengutip lebih $100 juta setakat ini.

Everything Everywhere All at Once diarahkan oleh Daniel Kwan dan Daniel Scheinert dan antara penerbit adalah Joe Russo serta Anthony Russo.

Sohor Kini