Valve hari ini telah berkongsi jualan-jualan promosi yang akan tiba sepanjang tahun ini dan juga awal tahun hadapan. Mereka telah mengumumkan tiga jualan utama iaitu Jualan Musim Luruh, Jualan Musim Sejuk dan Jualan Musim Bunga.

Berikut adalah tarikh untuk tiga jualan promosi tersebut;

  • Jualan Musim Luruh: 22 November – 29 November 2022
  • Jualan Musim Sejuk: 22 Disember – 5 Januari 2023
  • Jualan Musim Bunga: 16 Mac – 23 Mac 2023

Selain itu, mereka juga mengumumkan yang Jualan Promosi Tahun Baharu Cina tidak lagi dianjurkan buat pertama kali sejak tahun 2016. Mereka mengatakan yang tarikh jualan promosi tersebut terlalu hampir dengan jualan musim sejuk, oleh itu untuk memberi lebih ruang kepada penerbit mereka membatalkannya pada tahun ini, dan mungkin juga tahun-tahun depan.

Namun, mereka mengatakan berkemungkinan besar sesetengah penerbit akan melakukan jualan promosi secara sendiri pada perayaan tersebut.

Sohor Kini