Sekuel kepada filem Black Panther yang kali pertama ditayangkan pada tahun 2018 iaitu Black Panther: Wakanda Forever akan ditayangkan pada 11 November tahun ini. Filem ini akan menjadi penutup kepada MCU fasa keempat.

Filem ini akan menyertakan Black Panther baharu dan tidak akan menyertakan watak T’Chala. Ia turut akan memperlihatkan protagonis Namor lakonan Tenoch Huerta.

Di laman Cineplex, filem ini disenaraikan akan mempunyai durasi selama 2 jam 41 minit. Ini secara tidak langsung menjadikannya filem MCU fasa keempat dan filem bukan Avengers yang paling panjang. Sebelum ini ia dipegang oleh Eternals dengan durasi 2 jam 36 minit.

Filem ini akan memfokuskan kepada watak Queen Ramonda (Angela Bassett), Shuri (Letitia Wright), M’Baku (Winston Duke), Okoye (Danai Gurira) dan Dora Milaje (termasuk Florence Kasumba) untuk mempertahankan Wakanda selepas kematian T’Chala. War Dog Nakia (Lupita Nyong’o) dan Everett Ross (Martin Freeman) turut akan membantu. Pelakon lain yang terlibat adalah Dominique Thorne sebagai Riri Williams/Ironheart serta Michaela Coel, Mabel Cadena dan Alex Livanalli. 

Sumber gambar: Empire

Sohor Kini