SIE sebelum ini telah mengumumkan yang mereka hadir dengan berkas PlayStation 5 untuk permainan FIFA 23.

Berkas ini akan menyertakan konsol PlayStation 5 bersama dengan dua baucar untuk FIFA 23, iaitu baucar untuk permainan tersebut sendiri dan juga satu lagi baucar yang akan menyertakan kandungan untuk Ultimate Team iaitu 1 x Rare Gold Player Pack dan 3 Untradable Icon (Pinjaman untuk 5 perlawanan).

Baca Lanjut: PlayStation 5 Menerima Berkas Bersama FIFA 23 – Tiba Akhir Bulan Ini

Jika anda berminat untuk mendapatkan berkas ini, Sony Mid Valley telah membuka sesi pendaftaran minat, seperti yang dilakukan untuk PlayStation 5 edisi biasa. Pendaftaran ini tidak semestinya anda akan mendapat dapat membeli tetapi ia akan memberikan peluang yang lebih baik.

Pendaftaran boleh dilakukan melalui pautan ini dan dibuka sehingga 29 September 2022.

Sohor Kini