Kesemua akaun media sosial untuk Mubi Malaysia telah mengumumkan berakhirnya perkhidmatan mereka dan meminta untuk pengguna meneruskan sokongan bagi Mubi secara global.

Walaupun tiada pengumuman rasmi, Mubi juga kini hanya boleh dilanggan dengan harga global iaitu RM30 berbanding sebelum ini RM15, cara pembayaran tempatan seperti menggunakan telko juga tidak lagi disertakan.

Buat masa ini, penawaran filem-filem tempatan masih lagi ada kecuali beberapa filem yang dikatakan akan tidak lagi ditawarkan dalam masa beberapa hari seperti XX Ray, Maria Mariana dan Bangku Kosong. Mubi Malaysia mula diperkenalkan sejak tahun 2020 dan memfokuskan kepada penawaran filem-filem lama.

Sohor Kini