Entertainment Software Association (ESA) sebelum ini telah mengesahkan yang selepas beberapa tahun, E3 pada tahun depan akan kembali sebagai acara fizikal. Hari ini, telah diumumkan yang ia akan berlangsung pada 13 Jun sehingga 16 Jun 2023 di Los Angeles Convention Center (LACC).

Manakala bagi acara digital bersama dengan rakan penganjuran ia akan berlangsung bermula pada 11 Jun dan juga sepanjang berlangsungnya acara fizikal, buat masa ini tidak disahkan lagi penerbit-penerbit yang akan terlibat.

E3 fizikal ini dianjurkan oleh ReedPop iaitu penganjur untuk pelbagai acara seperti PAX, EGX, Comic-Con dan Star Wars Celebration.

Sohor Kini