Selepas memperlihatkan klip pendek sebagai sebahagian promosi untuk HBO Max, HBO akhirnya berkongsi treler acah untuk siri TV aksi nyata The Last of Us. Namun, ia bukanlah treler penuh dan panjang 1 minit 48 saat sahaja.

Anda boleh tonton treler tersebut di bawah.

Treler ini memperlihatkan pelbagai adegan yang turut tiba di dalam permainan, seperti Ellie bersama dengan Riley menaiki karusel kuda yang merupakan adegan daripada DLC Left Behind. Terdapat juga adegan permulaan Joel bersama dengan anaknya Sarah. Treler ini juga menyertakan dialog yang besar kemungkinan adalah dari Tess.

The Last of Us akan mula disiarkan di HBO pada tahun 2023.

Sohor Kini