Ura-ura permainan baharu Silent Hill akan tiba menjadi semakin kuat apabila permainan Silent Hill: The Short Message telah tersenarai di Agensi Penarafan Korea (dilaporkan terlebih dahulu oleh Gematsu). Permainan ini didaftarkan pada 19 Ogos lepas akan tetapi buat masa ini masih tiada platform.

Permainan ini diterbitkan oleh Uniana iaitu studio penerbitan yang sering menjadi penerbit di Korea Selatan untuk permainan-permainan oleh Konami, antaranya adalah eFootball iaitu permainan simulasi bola sepak.

Buat masa ini, Konami masih tidak melakukan sebarang pengumuman rasmi untuknya tetapi dijangka akan dilakukan dalam masa terdekat.

Sohor Kini