Konsert Genshin 2022 Berlangsung Bulan Oktober Ini

Hoyoverse telah mengumumkan kembalinya konsert bagi permainan Genshin Impact untuk tahun ini iaitu Konsert Genshin 2022 yang akan berlangsung pada 2 Oktober 2022 dan boleh ditonton secara digital dan percuma untuk semua.

Bagi tahun ini, Genshin Impact dan Hoyo-Mix telah memilih Shiro Sagisu sebagai Pengarah Muzik, beliau merupakan komposer terkenal termasuk juga penerbit untuk Neon Genesis Evangelion.

Konsert ini akan dipersembakan bersama dengna Hollywood Chamber Orchestra dan pemuzik-pemuzik dari serta dunia untuk membawa muzik Genshin Impact gubahan baharu sepajang 2 tahun permainan ini. Muzik adalah berdasarkan dari kesemua benua iaitu dari Mondstadt hinggalah terbaru Sumeru.

Anda boleh layari pautan ini untuk maklumat lanjut.

Genshin Impact sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, PC, iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini