FIFA 23 akan dilancarkan secara rasmi pada 30 September 2022, dan Sony Interactive Entertainment telah mengumumkan yang mereka akan hadir dengan berkas PlayStation 5 iaitu PlayStation 5 FIFA 23 yang akan dikeluarkan pada tarikh yang sama.

Berkas ini akan menyertakan konsol PlayStation 5 bersama dengan dua baucar untuk FIFA 23, iaitu baucar untuk permainan tersebut sendiri dan juga satu lagi baucar yang akan menyertakan kandungan untuk Ultimate Team iaitu 1 x Rare Gold Player Pack dan 3 Untradable Icon (Pinjaman untuk 5 perlawanan).

Berkas ini ditawarkan dengan harga RM2769 iaitu penambahan RM270 berbanding pembelian PlayStation 5 sahaja.

Sohor Kini