Ketika acara Tudum, Netflix telah mengumumkan yang siri The Witcher Musim 3 akan tiba di platform tersebut pada suku ketiga 2023, menjadikan ia lebih awal berbanding musim lepas yang disiarkan pada bulan Disember, begitu juga musim pertama yang tiba pada bulan Disember tahun 2019.

Seperti diumumkan sebelum ini, penggambaran musim ketiga sudah bermula sejak bulan April lepas. Musim ketiga meneruskan secara terus daripada musim kedua di mana disebabkan oleh kuasa yang dimiliki oleh Ciri, dia diburu oleh kerajaan, ahli sihir dan juga raksasa.

Oleh itu Geralt bersama dengan Yennefer cuba untuk melindungi Ciri dengan membawanya ke Aretuza. Namun, mereka masih lagi secara tidak langsung terlibat dengan peperangan politik dan sihir.

Selain itu, mereka juga telah mengumumkan yang The Witcher: Blood Origin yang merupakan siri sampingan dan berlaku 1200 tahun sebelum kejadian di dalam The Witcher dan memperlihatkan bagaimana The Witcher pertama dihasilkan akan mula disiarkan pada 25 Disember 2022.

Ia adalah siri terhad, oleh itu boleh dijangkakan akan mempunyai jumlah episod yang lebih sedikit berbanding siri The Witcher.

Sohor Kini