Siri anime Jujutsu Kaisen mengesahkan yang musim 2 akan tiba pada tahun 2023, dan ketika sambutan ulang tahun ke-10 TOHO, mereka telah berkongsi visual baharu yang merupakan kesinambungan kepada visual yang dikongsikan sebelum ini.

Visual pertama yang dikongsikan pada minggu lepas memperlihatkan Gojou dan juga Getou semasa mereka masih di dalam satu pasukan. Manakala visual baharu memperlihatkan Gojou bersama dengan Itadori, Fushiguro dan Kugisaki.

Daripada visual ini boleh dikatakan yang musim 2 untuk Jujutsu Kaisen akan memfokuskan kepada dua Arc, iaitu Arc ‘Kisah Silam Gojou’ yang akan memperlihatkan bagaimana Gojou dan Getou dari kawan menjadi lawan. Manakala Arc kedua adalah ‘Insiden Di Shibuya’ yang merupakan Arc terpanjang bagi siri ini.

Mereka juga telah mengesahkan yang Jujutsu Kaisen Musim 2 akan mempunyai 2 bahagian berterusan, buat masa ini tidak disahkan lagi, tetapi berkemungkinan ia mempunyai 24 episod seperti musim 1.

Sohor Kini