Netflix bersama pembangun Night School Studio telah melancarkan Oxenfree iaitu permainan pengembaraan mereka di Netflix secara percuma untuk pelanggan.

Walaupun Oxenfree bukanlah permainan baharu, dilancarkan pertama kali tahun 2017 lagi, tetapi ia adalah permainan pertama Night School Studio di Netflix selepas pengambil-alihan. Ia sudah dikeluarkan untuk hampir semua platfrom termasuk juga peranti pintar.

Oxenfree adalah permainan pengembaraan yang dimainkan secara side-scrolling ataupun daripada perspektif 2.5D. Ia juga menyertakan tekaria dan pilihan dialog dengan penceritaan memfokuskan kepada misteri di satu pulau.

Night School Studio juga telah mengumumkan yang Oxenfree 2 Lost Signal yang pada awalnya diumumkan tiba pada tahun 2021, kemudian tertunda ke tahun ini dan terbaru ia sekali lagi ditunda ke tahun 2023. Ia akan dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan Nintendo Switch.

Sohor Kini