Netflix sebelum ini telah mengumumkan yang Enola Holmes 2 akan tiba di perkhidmatan penstriman tersebut pada 4 November 2022. Ketika acara Tudum yang sedang berlangsung, mereka juga telah berkongsi treler pertama untuk filem tersebut.

Anda boleh tonton di bawah.

Enola Holmes 2 adalah filem susulan untuk Enola Holmes yang dikeluarkan pada tahun 2020. Ia memfokuskan kepada watak Enola Holmes yang merupakan adik kepada Sherlock Holmes.

Filem kedua akan menceritakan kisah Enola Holmes yang kini menjadi detektif upahan seperti abangnya. Kes pertama adalah mencari seorang gadis yang hilang yang melibatkan konspirasi bahaya serta misteri. Enola kemudiannya meminta bantuan rakan-rakan dan abang beliau Sherlock Holmes untuk bantuan.

Sohor Kini