Valve telah melancarkan laman khusus untuk memperlihatkan status pengguna semasa dan juga permainan popular di Steam secara masa nyata iaitu “Steam Charts” yang boleh diakses melalui pautan ini.

Steam Charts ini antaranya memperlihatkan jumlah pemain yang sedang menggunakan perkhidmatan Valve, Pemain dengan jualan tertinggi secara masa nyata, permainan yang paling ramai sedang dimainkan secara masa nyata dan juga carta untuk permainan dengan jualan tertinggi setiap minggu.

Steam sebelum ini sekadar berkongsi permainan dengan kutipan tertinggi secara bulanan, yang masih lagi akan diteruskan akan tetapi dengan Steam Charts pengguna boleh melihat informasi dengan lebih cepat.

Sohor Kini