Blizzard telah mengumumkan yang Hearthstone akan menerima set-mini baharu iaitu ‘Maw and Disorder’ yang akan meneruskan penceritaan daripada penambahan terkini iaitu ‘Murder at Castle Nathria’. Ia akan dikeluarkan pada 27 September 2022.
Penambahan ini akan menyertakan 35 kad baharu iaitu 4 kad Legendary, 1 kad Epic, 14 kad Rare dan 16 kad Common. Kad-kad ini boleh didapatkan melalui pek Murder at Castle Nathria apabila ia dikeluarkan kelak ataupun dibeli secara terus dengan harga 2000 Gold dan 1500 Runestones. Versi Golden boleh dibeli dengan harga $69.99 atau 7000 Runestones.
Kad-kad yang akan disertakan di dalam set-mini ini akan mula diperlihatkan hari ini sehinggalah ia dilancarkan kelak.
Hearthstone sudah dikeluarkan untuk PC, iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.