Siri animasi Cyberpunk: Edgerunners boleh dikatakan sebagai satu perkara yang positif di dalam pelbagai masalah untuk Cyberpunk 2077, ia dilancarkan dengan penerimaan yang baik, dan kami sendiri sangat menyukainya – Ulasan Cyberpunk: Edgerunners – Siri Ganas, Penceritaan Berjiwa.

Selain itu, siri animasi tersebut juga tampaknya telah mendorong pemain untuk kembali bermain dan juga menarik minat pemain baharu kepada Cyberpunk 2077. CD Projekt Red telah mengumumkan yang terdapat 1 juta pemain bermain permainan tersebut setiap hari untuk seminggu yang lepas.

Ini adalah selepas siri animasi tersebut dikeluarkan dan juga kemaskini baharu untuk Cyberpunk 2077 iaitu Edgerunners Update yang antaranya menyertakan transmog dan kandungan berdasarkan siri animasi tersebut.

Anda boleh baca lanjut di pautan ini – Cyberpunk 2077 Menerima Kemaskini Hari Ini, Memfokuskan Kosmetik – DLC Penceritaan Tiba Pada Tahun 2023.

Cyberpunk: Edgerunners sudah boleh ditonton di Netflix. Manakala Cyberpunk 2077 telah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, dan PC. CDPR sebelum ini telah mengumumkan yang konsol generasi lepas, tidak akan lagi menerima kandungan baharu.

Sohor Kini