Bagi yang sering menonton kandungan-kandungan permainan video di Youtube sudah semestinya mengenali Videogamedunkey ataupun nama sebenar beliau Jason Gastrow. Beliau sering hadir dengan video berdasarkan permainan video termasuk juga ulasan dalam bentuk jenaka.

Terkini, beliau bersama dengan isteri Leah telah mengumumkan penubuhan studio penerbitan permainan indie Bigmode.

Di dalam video pengumuman, beliau mengatakan sepanjang menghasilkan video di youtube, beliau sering ingin “membuang” permainan-permainan yang tidak berkualiti dan mencari permainan yang berkualiti.

Melalui Bigmode beliau boleh melibatkan diri dengan secara terus. Bigmode buat masa ini tidak membangunkan permainan sendiri sebaliknya mereka mencari pembangun-pembangun yang indie yang ingin mencari penerbit.

Anda boleh baca lanjut mengenai Bigmode di laman rasmi mereka.

Sohor Kini