AFK Arena Menerima Watak Geralt Dan Yennefer Dari The Witcher

Lilith Games dan CD Projekt Red telah mengumumkan kerjasama untuk membawa watak Geralt of Rivia dan juga Yennefer of Vengerberg iaitu dua watak utama dari siri The Witcher ke dalam permainan AFK Arena.

Geralt dan Yennefer akan disertakan sebagai antara watak yang boleh didapatkan oleh pemain, kedua-dua mereka mempunyai gaya serangan sendiri dan Geralt juga akan kembali menggunakan Doug Cockle sebagai pelakon suara.

Anda boleh tonton video untuk memperlihatkan kedua-dua watak ini di bawah.

AFK Arena sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini