The Valiant Akan Dikeluarkan Pada Bulan Oktober Ini

THQ Nordic telah mengumumkan yang permainan strategi masa nyata mereka iaitu The Valiant akan dikeluarkan pada 19 Oktober 2022 untuk PC. Ia juga diumumkan untuk PlayStation dan Xbox akan tetapi masih tiada tarikh untuk platform tersebut.

The Valiant menyertakan mod penceritaan yang akan mempunyai 16 misi, mod new game+, mod koperasi “Last Man Standing” dan juga mod PVP sehingga 4 pemain.

Jika berminat ia sudah boleh disenarai hajat di Steam, Epic Games Store dan juga GOG.

Sohor Kini