Konami telah mengumumkan yang mereka sedang membangunkan Suikoden I & II HD Remaster dan akan dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Nintendo Switch dan PC pada tahun 2023. Ia juga boleh dimainkan secara keserasian belakang di PlayStation 5 dan Xbox Series.

Ia adalah versi penambah-baikkan untuk Suikoden serta Suikoden II yang dikeluarkan pada tahun 1995 dan 1998.

Suikoden merupakan permainan JRPG yang terkenal dengan pemain boleh mendapatkan lebih 100 watak untuk menyertai mereka walaupun bukan kesemuannya boleh digunakan dan pada satu masa pertempuran juga hanya boleh melibatkan 6 watak sahaja.

Pembangun asal untuk Suikoden telah membentuk studio pembangunan baharu iaitu Rabbit & Bear Studios di mana mereka sedang membangunkan permainan Eiyuden Chronicle: Hundred Heroes.

Sohor Kini