Logitech telah mengumumkan yang konsol mudah alih mereka yang diumumkan sebelum ini iaitu Logitech G Cloud akan dilancarkan secara rasmi pada 17 Oktober 2022 dengan harga $349.99 (~RM1539).

Logitech G Cloud pada asasnya merupakan satu peranti android yang memfokuskan kepada permainan video dengan tidak menyertakan fungsi panggilan telefon dan juga sokongan kad sim, ia dijana dengan Qualcom Snapdragon 720G dan 4GB RAM.

Manakala paparan pula menggunakan resolusi 1920 x 1080 FHD dengan panel IPS LCD bersaiz 7-inci. Kadar segar semula adalah 60hz, dan menggunakan sistem operasi Android 11.

Kapasiti bateri adalah 6,000mAH dengan pengecasan daripada sifar ke penuh mengambil lebih kurang 2.5 jam. Ia menyertakan 64GB storan dalaman sahaja tetapi menyokong penambahan menggunakan microSD.

Walaupun Logitech G Cloud dapat mengakses Google Play Store dan memuat turun serta bermain permainan Android, akan tetapi seperti namanya, Logitech lebih memfokuskan konsol ini untuk bermain permainan awan dengan menyokong Game Pass Cloud dan juga GeForce Now. Selain itu, ia juga menyokong remote play bersama dengan Xbox dan juga Steam.

Sohor Kini