DC League of Super-Pets adalah filem animasi Warner Animation Group dan DC Films yang dihasilkan oleh studio Dwane Johnson – Seven Bucks Production. Filem ini mengisahkan anjing peliharaan Superman iaitu Krypto yang perlu menyelamatkan dunia daripada ancaman tikus belanda, Lulu.

Baca: Ulasan DC League Of Super-Pets – Menghiburkan, Penuh Aksi Tetapi Dinamik Watak Utama Kurang Menarik

Lulu adalah haiwan eksperimen Lex Luthor yang memperoleh kuasa melalui batu Kryptonite berwarna jingga dan telah menculik semua adiwira seperti Superman, Batman, The Flash, Aquaman, Cyborg dan Wonder Woman.

Batu Kryptonite ini turut memberi kuasa kepada haiwan-haiwan lain seperti Ace the Bat-Hound, Chip, Merton Shell on Wheels dan PB the Wonder Pig. Haiwan-haiwan ini bersama bersama Krypto adalah adiwira baharu yang akan menyelamatkan Justice League.

Bagi yang berminat dengan filem animasi ini, DC League of Super-Pets akan disiarkan di HBO GO pada 26 September akan datang. Suara Krypto dan Ace adalah oleh Dwayne Johnson dan Kevin Hart. Bersama-sama dengan mereka adalah pelakon hebat lain seperti Keanu Reeves, John Krasinski, Diego Luna dan ramai lagi.

Sohor Kini