Mason Games iaitu pembangun permainan video dari Malaysia telah mengumumkan yang mereka telah diambil-alih oleh Iglobsys Technology dengan nilai $1 juta. Pengambil-alihan ini adalah untuk menyokong pertumbuhan di dalam pelbagai bidang termasuk juga projek berdasarkan rantaian-blok.

Mason Games tertubuh pada tahun 2021 dan mereka memfokuskan kepada permainan mudah alih kasual. Setakat ini mereka telah mempunyai permainan mudah alih seperti Math Cat Boxing, Scoopy, Monkey Madness, Skew N Sort, Food Delivery Biker, Space Hopper dan Feather Portrait.

Iglobsys Technology pula ditubuhkan sejak tahun 2018 lagi dengan membawa teknologi Transformasi Digital (DX) kepada pelanggan di sekitar Asia Tenggara. Mereka juga telah menyasarkan untuk membuka cawangan di Vietnam pada suku keempat 2022.

Sohor Kini