Microsoft telah mengumumkan senarai permainan yang akan disertakan di dalam Xbox Game Pass dan juga PC Game Pass mereka untuk pertengahan kedua bulan ini. Antara permainan yang telah diumumkan sebelum ini adalah Deathloop yang akhirnya tiba di Xbox Series selepas hanya dikeluarkan untuk PlayStation 5 sebelum ini, ia juga ditawarkan untuk PC.
Selain itu, terdapat juga permainan ketahanan hidup yang sangat popular semasa pelancaran iaitu Valheim juga akan disertakan di dalam PC Game Pass.
Berikut adalah senarai permainan yang akan tiba;
Selain itu mereka juga mengumumkan permainan-permainan yang akan meninggalkan Game Pass pada 30 September;
Permainan-permainan ini boleh didapatkan di Xbox Store dengan potongan sehingga 20% untuk mendapatkannya secara terus.
Di pasaran Malaysia, hanya PC Game Pass ditawarkan secara rasmi di mana ia ditawarkan dengan harga RM5 untuk tiga bulan pertama dan RM15 sebulan untuk bulan-bulan seterusnya – PC Game Pass Kini Rasmi Di Malaysia.