InnerSloth LLC dan Cover Corporation telah mengumumkan acara kolaborasi di antara permainan Among Us dan juga Hololive untuk membawa kostum berdasarkan bakat-bakat Hololive yang boleh didapatkan oleh pemain bermula sekarang dan ditawarkan selama 3 bulan.

Antara bakat-bakat Hololive yang akan disertakan adalah seperti berikut;

  • Hololive: Shirakami Fubuki, Ookami Mio, Nekomata Okayu, Inugami Korone, Usada Pekora dan Houshou Marine
  • Hololive Indonesia: Ayunda Risu dan Moona Hoshinova
  • Hololive English: Gawr Gura dan Watson Amelia

Selain itu, ia juga akan menyertakan pelbagai barangan kosmestik lain seperti topi, visor dengan 30 jenis kesemuanya.

Among Us sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Nintendo Switch, PC, iOS dan juga Android.

Sohor Kini