Astro Ultra Box sebelum ini telah menyokong aplikasi Netflix dan Disney+ Hotstar menjadikan ia hab untuk kandungan digital bagi pengguna, melalui pengumuman terbaru mereka telah mengumumkan yang ia juga kini menyokong tiga lagi aplikasi iaitu Iqiyi, Bein Sports Connect dan TVB Anywhere.

Iqiyi merupakan platform penstriman yang banyak menyertakan kandungan-kandungan dari Asia termasuk juga anime. Ia juga menyertakan pelbagai kandungan tempatan seperti filem dan juga siri drama.

Bermula sekarang sehingga 20 Disember 2022, pelanggan Astro boleh mendapatkan langganan VIP Standard atau VIP Premium dengan harga RM4.90 untuk sebulan pertama dan RM8.90 atau RM12.90 untuk bulan-bulan seterusnya.

Pendaftaran boleh dilakukan melalui pautan ini.

Sohor Kini