Bzbee Consult telah mengumumkan yang mereka akan menghasilkan filem CGI pendek berdasarkan tokoh sejarah Tun Fatimah selepas mendapat geran Cabaran Pencipta Kandungan Digital (DC3+) daripada Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

Filem pendek ini merupakan adaptasi kepada novel Kirana: Dream After the Rose yang ditulis oleh Ketua Pegawai Operasi untuk BzBee iaitu Ninot Aziz.

Kirana: Dream After the Rose mengisahkan mengenai Kirana iaitu seorang remaja yang kehilangan ibu dan bapanya telah “memasuki” satu lukisan pintu yang membawa dia ke 500 tahun yang lepas ketika zaman kesultanan Melaka di mana dia berjumpa dengan Tun Fatimah dan juga Sultan Mahmud Shah.

Filem pendek ini akan melibatkan Said Bani, Azlina Merican sebagai penerbit eksekutif bersama dengan Nur Hussein daripada Langit Terang Productions. Bade Azmi akan menjadi pengarah dengan skrip ditulis oleh Said Bani, Ninot Aziz dan Nadiah Khas dengan memfokuskan kepada bahasa Melayu pada abad ke-16.

Antara senarai pelakon adalah Yna Rose Noah sebagai Tun Fatimah dan Kirana, Naim Shamsol sebagai Nadim, Niezam Zaidi sebagai Sultan Mahmud Shah dan Jimmy Leong sebagai Uncle Wong.

Sumber: Berita Harian

Sohor Kini