EA dan pembangun Motive Studio telah mengumumkan yang mereka berkerjasama dengan Marvel Entertainment untuk membangunkan permainan berdasarkan adiwira Iron Man. Permainan ini dikatakan adalah permainan aksi pengembaraan, solo dan third-person.
Pasukan pembangun akan diketuai oleh Olivier Proulx yang sebelum ini terlibat dengan permainan Marvel’s Guardians of the Galaxy yang dibangunkan oleh Eidos-Montreal.
Permainan ini masih di peringkat pra-pembangunan dengan maklumat lanjut akan dikongsikan kemudian. Motive Studio buat masa ini sedang membangunkan permainan Dead Space Remake yang akan dikeluarkan pada 27 Januari 2023.