Cyberpunk Edgerunners boleh dikatakan sebagai kejutan bagi tahun ini, ia adalah siri anime yang dihasilkan berdasarkan permainan video, oleh itu harapan kami untuknya tidaklah tinggi akan tetapi selepas menontonnya, ia boleh dikatakan sebagai salah satu siri anime terbaik bagi tahun ini, dan jika tahun lepas kita mendapat Arcane, tahun ini ia adalah Edgerunners.

Ulasan kami untuk Cyberpunk Edgerunners akan tiba tidak lama lagi, akan tetapi antara salah satu perkara yang positif di dalam siri anime ini adalah ia membawa rekaan serta pengalaman dunia yang lebih kurang dengan permainan Cyberpunk 2077. Oleh itu, jika anda sudah meluangkan masa bermain permainan tersebut, menonton siri ini terasa satu kesamaan.

Jika anda ingin mengetahui lokasi-lokasi di dalam Cyberpunk 2077 yang digunakan, ataupun tidak pernah bermain permainan tersebut, sebuah saluran Youtube iaitu Morphologis telah mengeluarkan satu video yang memperlihatkan lokasi-lokasi tersebut. Anda boleh tonton video tersebut di bawah, tetapi saya cadangkan anda menghabiskan terlebih dahulu anime Edgerunners.

Antara kawasan yang diperlihatkan adalah apartment watak utama David bersama emaknya, apartment untuk beberapa watak lain, tempat mereka melepak dan juga tempat ripper doc yang sering dikunjungi oleh David. Terdapat juga tempat tinggal David dan Lucy, akan tetapi ia mungkin di kawasan yang berbeza tetapi dengan yang sama.

Cyberpunk Edgerunners sudah disiarkan di Netflix, dan Cyberpunk 2077 sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC. Ia juga baru-baru ini menerima kemaskini khusus untuk siri Edgerunners – Cyberpunk 2077 Menerima Kemaskini Hari Ini, Memfokuskan Kosmetik – DLC Penceritaan Tiba Pada Tahun 2023.

Sohor Kini