Sony Interactive Entertainment (SIE) sebelum ini telah mengumumkan yang set kepala realiti maya generasi baharu mereka iaitu PlayStation VR2 akan dilancarkan secara rasmi pada awal tahun 2023, akan tetapi masih tiada pengesahan untuk negara yang akan menerima terlebih dahulu.

Namun, SIRIM hari ini telah menyenaraikan (dilaporkan terlebih dahulu oleh Nextrift) alat kawalan untuk PS VR2 di laman mereka. Ini dengan kata lain mengesahkan yang Sony telah membawa masuk PS VR2 sekurang-kurangnya alat kawalan untuk mendapat penarafan bagi pasaran Malaysia.

Ini bukan satu pengesahan yang Malaysia akan menjadi antara negara terawal yang akan menerimanya, tetapi pada masa sama ia adalah satu penanda yang baik.

PlayStation VR2 sebelum ini telah disahkan menggunakan Skrin OLED, 4K HDR dan kadar segar semula sehingga 120Hz. Anda juga boleh baca mengenai antaramuka untuknya di pautan berikut; PlayStation Kongsi Antaramuka Untuk PlayStation VR2.

Sohor Kini