Demo Star Ocean The Divine Force Ditawarkan Di Konsol

Square Enix telah menyediakan demo percuma untuk Star Ocean The Divine Force di konsol iaitu PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, dan Xbox Series. Permainan ini turut diumumkan untuk PC akan tetapi buat masa ini demo untuknya masih tidak disediakan.

Demo ini adalah lebih kurang 2 jam masa bermain dengan pemain akan bermain sehingga sampai di bandar pertama untuknya. Fail simpanan juga boleh dibawa ke permainan penuh apabila dilancarkan kelak.

Permainan ini akan membawa konsep “double hero” di mana pemain boleh memilih di antara dua watak sebagai watak utama iaitu Raymond dan Laeticia. Penceritaan yang disampaikan melalui perspektif berbeza mengikut watak yang digunakan.

Star Ocean The Divine Force akan dikeluarkan pada 27 Oktober untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One dan Xbox Series, manakala untuk PC pada 28 Oktober 2022.

Sohor Kini