Valorant Championship Tour 2022 telah tamat secara rasminya dengan pasukan Loud yang mewakili Brazil telah memenangi Valorant Champions 2022 mengalahkan pasukan Optic Gaming dengan skor 3-1. Riot Games juga telah mengumumkan format baharu untuk Valorant Championship Tour 2023 yang memperkenalkan pasukan partnered.

Berbanding membuka VCT 2023 kepada semua pasukan, Riot Games sebaliknya akan memilih 30 pasukan, iaitu 10 pasukan daripada setiap benua iaitu EMEA, Amerika dan Pasifik (Asia). Hanya 30 pasukan ini sahaja yang akan terlibat dengan kejohanan International mereka, ini termasuk Masters, LCQ dan penutup kelak Champions 2023.

30 pasukan yang dipilih masih tidak diumumkan lagi, akan tetapi menurut Riot Games mereka akan memilih pasukan yang mempunyai kebolehan untuk melakukan pelaburan bagi membentuk pasukan dan juga ekosistem yang mampan.

Sebagai permulaan untuk VCT 2023, mereka menganjurkan Kickoff Tournament, yang akan memperlihatkan 30 pasukan akan bertanding selama 3 minggu di Sao Paulo, Brazil. Pasukan yang memenangi kejohanan ini, akan memberi satu slot tambahan kepada benua yang diwakili mereka untuk kejohanan Masters kelak. Kickoff Tournament ini akan dianjurkan bermula pada bulan Februari dengan Pusingan Akhir berlangsung pada awal bulan Mac 2023.

Selepas itu, Kejohanan International League Split akan berlangsung dengan kejohanan LAN secara mingguan akan berlangsung di negara hos untuk setiap benua iaitu Berlin bagi EMEA, Seoul bagi Pasifik dan Los Angeles bagi Amerika. International League Split ini akan berlangsung selama 8 minggu dan dijangka berakhir pada awal bulan Mei.

VCT 2023 akan diteruskan lagi dengan Masters 2023 yang akan berlangsung pada bulan Jun yang akan melibatkan pasukan-pasukan terbaik daripada International League Split. Seperti biasa, Masters akan menjadi platform untuk pasukan-pasukan mendapatkan slot terus ke Champions 2023.

Bagi pasukan yang masih tidak mendapat slot ke Champions 2023, Last Chance Qualifiers akan berlangsung pada bulan Julai mengikut setiap benua dengan satu pasukan daripadanya akan mendapat slot ke Champions 2023.

VCT 2023 akan ditutup dengan Champions 2023 yang akan berlangsung pada bulan Ogos 2023.

Challengers

Dengan kejohanan International tidak lagi mempunyai pusingan kelayakan terbuka, mungkin ramai yang tertanya bagaimana pasukan-pasukan yang bukan partnered untuk terlibat dengan kejohanan tersebut, jawapannya adalah Challengers.

Challengers boleh dikatakan sebagai liga tempatan yang masih lagi mempunyai pusingan kelayakan yang terbuka kepada mana-mana pasukan. Secara keseluruhan terdapat 21 Liga Challengers termasuk juga Malaysia & Singapura sebagai satu liga.

Liga ini akan dibahagikan kepada dua iaitu Challengers Split 1 dan Challengers Split 2, ia akan berlangsung bersama dengan International akan tetapi Riot Games mengumumkan yang jika mengikut penjadualan mereka, kejohanan International dan kejohanan Challengers tidak akan berlangsung pada waktu yang sama.

Pasukan terbaik dari Liga Challengers akan mendapat slot ke Challengers Ascension, di mana pasukan terbaik di dalam kejohanan Challengers Ascension akan melayakkan diri ke kejohanan International walaupun mereka bukan ‘partnered’. Oleh itu, kejohanan International untuk VCT 2024 akan melibatkan 33 pasukan berbanding 30 untuk VCT 2023.

Pasukan yang layak ke International melalui Challengers Ascension akan kekal di International selama 2 tahun, sebelum perlu kembali ke Challengers untuk melayakkan diri sekali lagi. Bermula tahun 2026, 2 pasukan untuk setiap benua akan melayakkan diri ke International melalui Challengers Ascension.

Valorant sudah dikeluarkan untuk PC. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini