THQ Nordic Menubuhkan Studio Baharu – Campfire Cabal

THQ Nordic telah mengumumkan yang mereka menubuhkan studio baharu ang akan bertempat di Denmark iaitu Campire Cabal. Studio baharu ini terdiri daripada pembangun veteran yang telah membangun permainan seperti Expeditions: Rome, siri Hitman dan Hunt: Showdown.

Anda boleh tonton intro acah untuk mereka.

Campire Cabal akan diketuai oleh Jonas Waever sebagai Pengarah Kreatif. Buat masa ini mereka masih tidak mengumumkan projek yang sedang dibangunkan, akan tetapi mereka akan memfokuskan kepada permainan RPG penceritaan yang berkualiti tinggi.

Sohor Kini