2K dan pembangun Firaxis Games telah mengumumkan yang Midnights Suns akan dilancarkan pada 2 Disember 2022 untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC. Manakala untuk PlayStation 4, Xbox One dan Nintendo Switch akan diumumkan kemudian.

Selain itu, mereka juga mengumumkan yang filem animasi pendek akan dikeluarkan yang memperlihatkan kisah sebelum permainan memfokuskan Lilith iaitu watak antagonis utama dan juga mengenai watak adiwira seperti Blade, Magik, Ghost Rider dan Nico Minoru.

Di dalam Midnight Suns, pemain akan mencipta watak tersendiri yang dinamakan sebagai The Hunter, yang akan mengetuai sebilangan adiwira Marvel untuk melawan kuasa jahat Lilith. Berikut adalah antara adiwira daripada 13 yang akan tiba di dalam permainan ini Iron Man, Captain America, Captain Marvel, Doctor Strange, Blade, Nico Minoru, Magik, Robbie Reyes/Ghost Rider, dan Wolverine

Menurut Firaxis Games, Midnight Suns tidak akan berkongsi satu pun mekanik daripada XCOM selain daripada ia adalah permainan strategi dan mengikut turutan. Antaranya adalah cara meningkatkan tahap adalah sedikit berbeza, di mana pemain boleh berinteraksi dengan adiwira-adiwira ini semasa berada di The Abbey iaitu boleh dikatakan sebagai HQ untuk mereka.

Selain itu, ia juga tidak menyertakan permadeath, yang bagi kami masuk akal kerana berkemungkinan besar yang permainan ini akan menyertakan bilangan adiwira yang terhad, oleh itu jika ia disertakan akan menjadikan sesi permainan kurang menarik.

Sohor Kini