Malaysia Book of Records (MBOR) telah menganugerahkan Mobile Legends: Bang Bang Professional League (MPL MY) sebagai kejohanan esukan yang paling lama di anjurkan di Malaysia. MPL MY telah dianjurkan secara tahun 2017 lagi memasuki tahun ke-5 pada tahun ini.
Penganugerahan secara rasmi untuk rekod ini akan dilakukan pada 16 Oktober 2022 ketika Peringkat Akhir MPL Malaysia Musim Ke-10 di Quill City Mall. Kemasukan adalah percuma dan penonton boleh hadir untuk melihatnya, pelbagai aktiviti dan hadiah juga akan disediakan pada hari tersebut.
Menurut Moonton, sejak MPL Malaysia bermula, ia telah menjadi platform untuk lebih 500 atlit esukan dan juga pencipta kandungan.