Selepas berkali-kali cuba diadaptasi menjadi siri aksi nyata, karya Neil Gaiman iaitu The Sandman akhirnya tiba ke platform penstriman Netflix. Sejak ia disiarkan, selama berminggu-minggu ia menjadi siri TV paling kerap ditonton dan kekal di senarai Netflix Top 10.

Walaupun begitu, Neil Gaiman menyatakan Netflix masih tidak yakin untuk meneruskan siri TV ini dengan musim kedua. Laporan terkini oleh ScreenRant menyatakan yang penasihat VFX iaitu Ian Markiewicz telah pun memulakan pembangunan untuk musim kedua, walaupun ia belum ditempah oleh Netflix.

Beliau juga menyatakan yang rangka kerja untuk musim kedua sudah ada dan idea bagaimana musim kedua ingin disampaikan sudah pun jelas. Penulis skrip musim pertama Allan Heinberg turut sedang mengolah skrip bagi musim kedua dan pereka produksi Gary Steele turut sedang berbincang sama ada ingin menghasilkan musim kedua secara CGI penuh atau dengan kesan khas praktikal.

Buat masa ini, masih tiada sebarang informasi lagi jika musim kedua The Sandman akan diteruskan ataupun tidak.

Sohor Kini